TERIMA KASIH

April 28, 2011

April 27, 2011

alam lain.

bila aku jejak kaki ke alam sekarang,
baru aku dapat melihat bertapa dunia ni penuh dengan pancaroba.
untuk aku, bersabar dan terus bersabar.
dan jangan mudah percaya cakap orang.
dan jangan dengar apa yang tidak patot.

untuk orang lain, jangan asyik nak salahkan orang lain.
kita takkan maju kalau bersikap seperti itu.

OMG! AKU DAPAT BERITA YANG SENSASI HARINI.
sape sape nak tow tak?? huhu. meh nak cte cte.
HAHAHA

SILENT PLLLZZZZZZZZZZ!


manis.




harini saya gembira.
hati banyak senang dan seronok.
hehehe :)




p/s: saya suka hari esok. :)



April 26, 2011

api.

harini aku pergi keja macam biasa. semua berjalan macam biasa.
dan seperti biasa kau sedang cuba bermain dengan api.
kau jangan sampai api tu membakar diri kau sendiri yeee.
nanti kau jugak akan menyesal. kau tak kenal aku sapa lagi.
aku kenal kau sapa.
kau tak payah nak bertopengkan manusia tapi sebenarnya binatang.
jangan sampai semua terbongkar ok!
good luck untuk kau yang sedang bermain api dengan aku.


lemas rimas.

rimas la. lemas tow tak. lemas macam ni.
aarrrgggghhhh fedup gila gila ba alip ba yayayayayaya!
aku datang keja elok-elok, kau plak buat hal. aku datang keja dengan senyuman tapi kau buat senyuman aku jadi sampah. aku baru mula kau dah buat hal. aku datang dengan cara elok, kau jangan nak bagi aku benci kau. aku hormat kau sebagai yang lebih tua. ingat kau tu dah berumur, tak lama lagi dah nak pejam. tak payah nak jadi ulat bulu! INGAT TU!!


JANGAN BUAT AKU RIMAS.....!!

for you.


i miss you.
i really miss you.
i love you.
yes i do.
:')


April 24, 2011

kesepian.


kini aku sendiri.

tak ada yg mau menemaniku

aku hanya hidup dengan kehampaan yang kosong.

aku perlukan cinta

cinta yang mampu membuatku tersenyum

cinta yang mampu membuatku tertawa

dan cinta yang mampu membuatku semangat.

kenapa aku tak bisa mencintai?

disaat dia boleh mencintaiku dngan stulus hatinya

kenapa aku tak bisa membalas cintanya?

sekejam inikah aku pada dia?

atau sekejam inikah dia pada aku?

aku benar-benar tidak tahu tentang diriku sendiri.

dan dalam waktu ini

dan dalam saat ini

fikiran aku kosong dan buntu dan buntu.


Siapa aku di hatimu tidakkah kau tahu aku hanya seorang perempuan yang lemah.

kuat dari segi luaran tetapi hakikatnya dalaman siapa yang tahu.

cinta membuatkan aku bahagia, kadang kala cinta membuatkan aku sengsara.

cinta penuh dengan kebahagian, kadang kala cinta juga penuh dengan kesengsaraan. bagaimana aku nak memahami jika ini yang selalu terjadi. aku lemah tanpa kata-kata. perkataan MATI adalah lebih afdal untuk aku. :'(



April 22, 2011

aku milik mu.


andai kau tahu,
apabila aku mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna aku lemah,
tetapi aku sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintaimu.

andai kau tahu,
apabila aku sedang marah,
memang aku tidak mampu mengawal perasaan tapi percayalah,
itu maknanya aku sangat mengambil berat dan menyayangimu.

lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


andai kau tahu,

apabila aku cemburu dan tidak percayakan kau,

bukan bermakna aku tidak sayang,

tetapi aku terlalu sayangkan kau dan masih menganggap kau anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.



p/s : hanya kau memahami diriku. peerrgghhh jiwang karat beb. biar la biar la. hati jambu! haha :)


April 18, 2011

smile.

tak perlu kata apa-apa. hanya senyuman di bibirku. :)
terima kasih.


April 15, 2011

8 tanda lalu lintas cinta.

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. begitu jugalah percintaan kamu. oleh itu, patuhi peraturan berikut:


1. DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.


2. JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya.


3. SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.


4. PEJALAN KAKI

Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.


5. JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji.


6. JALAN SEMPIT

ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.


7. AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.


8. JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!



p/s : haaa amacam korang? bes tak? so,renung-renungkan dan selamat beramal ye. :)



April 14, 2011

macam toyol.

ada je nak buat aku marah!
bila aku tak tegur cakap aku ni sombong lupa kawan.
bila aku tegur buat dek/hantu/toyol je kan!
mood aku baik ada je nak rosakkan. nanti habeh semua orang kena marah sebab kau!
lepas ni jangan tanya kalau aku diam je ok. bai.


April 13, 2011

kaki Gebang!

hey hey. spe suka manusia yang suke gebang? yelah gebang, korang tahu kan gebang tu apa. haaa pandai pon, gebang macam suke propa la, suke cakap besar tapi habuk pon tarak. hehehe. bagi aku la kan, aku ada 6 cara untuk hapuskan orang yang kuat gebang ni.


1. Buat tak tahu je apa yang dia dok cite. pekakkan telinga. sibukkan diri sendiri buat keja-keja lain.
*cara ini macam baik gile gile sangat kan.

2. Kite gebang balik kat dia. cite lagi hebat dari dia dok cite. biat terbuntang bijik mata dia.
*amacam? bes tak cara ni. agak bes jugak la kn. ok cara lain pulak k.

3. Kite marah dia, maki dia. cakap kat dia ingat kau hebat sangat ke dok gebang-gebang ni. pergi mam la!
*haaaa yang ni mesti korang suke kan kan? hehehe. padan muka dia kena marah terok-terok kan.

4. Putus kawan.
* untuk apa berkawan dan untuk apa simpan kawan macam ni. kadang-kadang boleh menyakitkan kepala usus otak kite tow. tak percaye ke? harus percaya ok.

5. Campak ja kat laut ataupun sungai bagi buaya, ikan paus, ikan jerung makan.
*ok tak macam ni? kalau boleh, aku orang pertama yang buat. hahahaha

6. Bunuh.
* bunuh dan kerat-kerat sampai jadi 99 macam mona f**** pernah buat. dah tu bakar pulak. habuk pon jangan tinggal pon. yang ni aku paling suke. hahahah. aku suke gile kalau dapat buat macam ni. auta boleh la kn.


korang nak tow, menyampah gile kot ada manusia jenis macam gini. apa yang dorang bes sangat dok gebang pon tak tow la kan. bukan gebang yang kecik-kecik, mak ai semua nak yang besar-besar. naik menanah telinga aku ni dengar. last-last apa pon tak dapat dan tak jadi. terasa ke? HAHAHAHA. sape makan mcd, dia la rasa big mac. yehaaaaaaa, sedap jugak kan kalau dapat makan mcd. jom pergi makan mcd. sebelum tu korang pilih-pilih la cara mana yang korang suke yeee. lai lai, free je ni. hehehe. ok bai.



seadanya.

biar apa pon yang terjadi,
aku akan terima kerna apa yang telah terjadi itu berlakunya sebab aku.
sebab aku dan aku puncanya. bukan orang lain.
bukan disebabkan anaser-anaser lain.
itu sebab aku. aku ok!
padan muka kau! terima la akibatnya!
luluh hati aku nak terima semuanya.
aku tak kuat seperti yang orang semua sangka kan.
http://matcuoi.com



April 12, 2011

paling bawah.



down sangat. terasa aku ada di paling bawah sekali.
tak kire la bawah mana pon tapi yang pasti paling paling paling bawah sekali.

tolongggggggggggg :(



ketika hati menangis.


Tuhanku,

ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu


Tuhanku,

ketika mereka meninggalkan aku sendiri

ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku

padaMu tempatku menagih kasih

ketenangan kurasa mendekatiMu

syahdu malam tak terasa sunyi


Tuhanku,

ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan

kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan

lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan

pada mereka yang pernah melupakanku


Tuhanku,

ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian

teima kasih YA ALLAH. =,=


April 11, 2011

terduduk.

kenapa aku selalu kena macam ni. hidup aku selalu malang.
malang sangat-sangat. aku bodoh. aku tak berguna. aku jahat. aku hina.
apa lagi? haaaa cakap laa. aku tow semua tu aku.
ada je nak buat aku rasa terhina! terasa amat bodoh sangat sekarang ni!


nak mati boleh tak? banyak sangat masalah!
aku benci hidup ni!!!!
T______T



ok fine!

siang-siang lagi dah buat aku marah.

aku nak menjerit sekuat hati..............!
http://matcuoi.com

benci benci benci benci tow tak!
http://matcuoi.com

diam lebih bagus. nak tidur lagi. biar tak bangun-bangun.
T_______T



April 10, 2011

aku nak kawin!

belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu
sebelum dia pergi dari hidupmu.
hari ini mungkin dia masih mencintaimu,
tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu dan
mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.
jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu..
HAHAHA..sweet kn aku? tow dah..tq! weeeee~


April 9, 2011

susah betul.

hey semua. selamat pagi. dh sarapan? hoi sarapan mendanya, jam kt lappy aku baru 3.10pg ni haa. mata aku ni tak mau katop lagi la. siang plak asyik nak katop ja. benci btol laaaaa. benci kan kalau kita je nak kenakan puaskan hati semua orang? susah kan macam gitu. kita pon ada hati dengan perasaan jugak kan. tapi buat macam kita ni batu/tunggul/patung. lebih teruk lagi buat macam kita ni sampah. takpe la dah naseb aku kot kena layan macam tu kn. bukan aku nak mengadu tapi selalu macam tu. selalu orang-orang nak pikir yang bukan-bukan. aku ni dok rumah pon salah, pegi keja pon salah, pegi belajar pon salah. habeh tu mana satu yang elok ni? aku tak payah ada hati dengan perasaan la senang ek? boleh la orang-orang semua sakitkan hati aku kan kan kan? oooo..macam gitu lah korang semua nak ek. tak pe lepas ni aku biarkan korang buat macam ni ok. macam lah aku tak pernah buat sebelum ni kan, sampai korang cakap aku ni tak ada hati ke? dah tu apa lagi yang korang nak sebenarnya haaaa? bosan la macam ni. hidup kena puaskan hati semua orang tapi hati aku?? sape nak jaga?? SO RUBBISH!!



* the moral of this story is aku kena pentingkan diri sendiri..TERBAIK DARI LADANG KN.. hahahahahaha


April 7, 2011

janji.



terima kasih kerana selalu ada.

mintak maap kerana selalu menyakitkan hati kamu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
that is my promises -------------->




ICH LIEBE DICH
:)


April 3, 2011

nasib aku.

assalammualaikum semua rakan-rakan blog sekalian. hey! korang sihat? mintak-mintak korang sihat walafiat la kn. aku ok je. macam biasa je hidup aku. nasib aku pon tak menentu. kadang-kadang ok kadang-kadang ko. hahahaha. semua orang mesti macam tu kn kn. alaa aku tow la. aku hidup dah 22tahun ok. hehehe. muda lagi ok. naseb aku ni selalu malang tow tak. nak cakap terok sangat tu, aku pon tak sure la tapi memang sadis la bagi aku. especially, kalo bersangkut paut dengan manusia yang ku gelar "KAWAN". hailah kawan. aku bukan benci kau tapi banyak sangat dah aku lalui dan aku boleh katakan aku dah penat dan hilang sabar dengan kawan ni. makin aku diam, makin aku kena macam-macam dari manusia yang ku gelar kawan. bukan sekali dua aku kena tapi banyak kali dah. orang cakap, 3kali kena mesti dah meletup kn? tapi aku dah banyak kali kena pon aku sabar lagi. tapi now, dah cukup kot. aku dah hilang sabar. bukan aku nak marah semuanya tapi tolong la paham. aku pon ada hati dan perasaan jugak. korang ni perangai sekor-sekor macam puaka/hantu tow tak!

selama aku kawan ni, sumpah aku ikhlas kawan dengan kawan-kawan aku semua. dulu takde pon kawan-kawan aku nak buat aku macam ni tapi bila aku dah masuk study selepas spm, mula la macam-macam ragam aku kena terima dari manusia bergelar "KAWAN" ni. kenapa? terok sangat ke aku ni? kalau terok apasal kawan-kawan aku sebelum ni sayang je kat aku. aku bukan nak perasan atau bermegah-megah tapi hakikatnya betul. aku buat baik pon salah. last-last "kawan" buat taik kat aku. sampai hati korang kn buat aku macam ni setelah aku benarkan korang masuk dalam hidup aku. mana letaknya keihkhlasan hati korang kepada "kawan" ni? ke korang kawan hanya untuk menyakitkan hati kawan-kawan korang? sedarlah wahai manusia semua. kenapa korang begitu jijik sekali? aku dah fedup nak percaya mana satu yang betul. bila aku dah percaya, mulalah aku dilayan dengan begitu hina. kenapa? dengki apa korang dengan aku ni haa? aku tak cantik. aku tak comey. aku bukan ramai peminat. aku tak popular. aku tak kaya. tapi aku ikhlas berkawan bila orang tu nak menerima aku sebagai kawan. tapi malangnya nasib aku begini.

ok bukan semua kawan-kawan aku buat taik dengan aku tapi ada ramai lagi kawan-kawan aku yang sayang aku, yang ambik berat tentang aku, yang ikhlas berkawan dengan aku, yang boleh menerima kelemahan aku. sampai sekarang aku masih ada kawan-kawan seperti ini dan aku bangga sekali punya kawan-kawan seperti korang. aku sayang korang. korang baik dengan aku. bukan macam segenlitir itu. terima kasih kawan-kawan selalu ada dengan aku even aku ni tak sempurna mana pon. yang penting aku ikhlas berkawan.


* chill simon. even aku selalu tak mampu. :)