TERIMA KASIH

April 3, 2011

nasib aku.

assalammualaikum semua rakan-rakan blog sekalian. hey! korang sihat? mintak-mintak korang sihat walafiat la kn. aku ok je. macam biasa je hidup aku. nasib aku pon tak menentu. kadang-kadang ok kadang-kadang ko. hahahaha. semua orang mesti macam tu kn kn. alaa aku tow la. aku hidup dah 22tahun ok. hehehe. muda lagi ok. naseb aku ni selalu malang tow tak. nak cakap terok sangat tu, aku pon tak sure la tapi memang sadis la bagi aku. especially, kalo bersangkut paut dengan manusia yang ku gelar "KAWAN". hailah kawan. aku bukan benci kau tapi banyak sangat dah aku lalui dan aku boleh katakan aku dah penat dan hilang sabar dengan kawan ni. makin aku diam, makin aku kena macam-macam dari manusia yang ku gelar kawan. bukan sekali dua aku kena tapi banyak kali dah. orang cakap, 3kali kena mesti dah meletup kn? tapi aku dah banyak kali kena pon aku sabar lagi. tapi now, dah cukup kot. aku dah hilang sabar. bukan aku nak marah semuanya tapi tolong la paham. aku pon ada hati dan perasaan jugak. korang ni perangai sekor-sekor macam puaka/hantu tow tak!

selama aku kawan ni, sumpah aku ikhlas kawan dengan kawan-kawan aku semua. dulu takde pon kawan-kawan aku nak buat aku macam ni tapi bila aku dah masuk study selepas spm, mula la macam-macam ragam aku kena terima dari manusia bergelar "KAWAN" ni. kenapa? terok sangat ke aku ni? kalau terok apasal kawan-kawan aku sebelum ni sayang je kat aku. aku bukan nak perasan atau bermegah-megah tapi hakikatnya betul. aku buat baik pon salah. last-last "kawan" buat taik kat aku. sampai hati korang kn buat aku macam ni setelah aku benarkan korang masuk dalam hidup aku. mana letaknya keihkhlasan hati korang kepada "kawan" ni? ke korang kawan hanya untuk menyakitkan hati kawan-kawan korang? sedarlah wahai manusia semua. kenapa korang begitu jijik sekali? aku dah fedup nak percaya mana satu yang betul. bila aku dah percaya, mulalah aku dilayan dengan begitu hina. kenapa? dengki apa korang dengan aku ni haa? aku tak cantik. aku tak comey. aku bukan ramai peminat. aku tak popular. aku tak kaya. tapi aku ikhlas berkawan bila orang tu nak menerima aku sebagai kawan. tapi malangnya nasib aku begini.

ok bukan semua kawan-kawan aku buat taik dengan aku tapi ada ramai lagi kawan-kawan aku yang sayang aku, yang ambik berat tentang aku, yang ikhlas berkawan dengan aku, yang boleh menerima kelemahan aku. sampai sekarang aku masih ada kawan-kawan seperti ini dan aku bangga sekali punya kawan-kawan seperti korang. aku sayang korang. korang baik dengan aku. bukan macam segenlitir itu. terima kasih kawan-kawan selalu ada dengan aku even aku ni tak sempurna mana pon. yang penting aku ikhlas berkawan.


* chill simon. even aku selalu tak mampu. :)


No comments:

Post a Comment

Hey comel dan hensem.

Terima Kasih kerana membaca dan silalah memberi komen anda yang comel-comel ye. :)