hai semua bloger bloger sekalian. :)
harini aku PMS! ooohhh PMS! sungguh seksa betol. sumpah! kalau tiap kali pms mesti aku sakit gle-gle pny. huhu korang budak laki ni apa tow. kalau tak tow dok diam diam je ok. jangan nak bagi gf korang marah, nanti tak pasal-pasal je korang kena sembur free je ngn gf-gf korang tow. hahaha apa apa? aku tow la aku selalu cmtu. sian kn sapa yang kena tu. hahaha alaaa tak sengaja la. nak buat cna kn, sintom sintom pms dh macam ni. so kena tima la kn. hey! korang nak tow lagi tak pasal pms ni? mesti nak kn. so harini aku google punya google la kn, dapat la sikit-sikit pasal pms ni. sila ye korang bace and paham.

Apa itu Sengugut atau PMS ??
Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) atau senggugut adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.
PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.
PMS Jenis C
Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.
PMS Jenis D
Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.
PMS Jenis H
Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium
haaa amacam? korang dah bace and dh paham? korang jenis yg mana? aku jenis A kot. hahaha aku memang mudah marah dan mood berubah-ubah. smpaikan ada orang tu gtow aku kn, ish tak paham laa mood mcm mna dia ni. hehehe sabar je la kn. hope korang hepy dan puas hati bce entry aku kali ni ye. terima kasih :)
MOOD : AKU DAH OK SEKARANG. :)



