TERIMA KASIH

March 30, 2011

lelaki merajuk?

hey girl-girl semua. hari ini saya sangat baik hati sebab saya nak berkongsi dengan anda semua 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. lebih detail lagi, pujuk boyfriend anda la kn. hehehe. mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu ye.

huduh kn kalau lelaki merajuk..hehehe

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.


2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.


3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


p/s : semoga dengan tips yang saya kongsikan di sini, dapatlah anda-anda semua gunakan untuk memujuk boyfriend anda itu ye. hehehe. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala. amin. haa apa lagi, pergilah pujuk si dia tu cepat-cepat. kang melepas pulak tow. sebelum tu, bagi la komen sikit ye. terima kasih semua.

ok bai.


10 comments:

  1. saya dah lama tak tengok lelaki merajuk,sebab saya dah lama tak menjaga perasaan seorang lelaki yang bernama kekasih,cececeh..tapi apa yg simon cakap tu betul,kita kena bagi ruang kat dia dulu....yang tu paling meaw sokong :)

    ReplyDelete
  2. hehehe..cewah2..
    a'a ye maybe la kn..mybe itu yg terbaik kot meaw :)

    ReplyDelete
  3. a'ah betoi2..wpun inchik harapujee xpenah majok agi..matik la klu akak nk kena pujok..da la xreti pujok owg ni :P

    ReplyDelete
  4. haaa kena belajar la akak oi..
    cima dh bg tips ni..gn kn la ok..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Yang paling penting,

    buar derkkk jer

    nanti diorang akan ok sendiri

    huhu

    ReplyDelete
  6. mana cima tao neh? agak2 brkesan x?

    ReplyDelete
  7. cempaka biru : hehehe..wt dek boleh tp jgn smpai dia wt dek balik kt kite nnt tow.. :)

    ReplyDelete
  8. kak lala> cima cari-cari akak..dh tu terjmp plak..agk berkesan jgk akak..rmai jgk kot mcm ni..try laaa..hehe

    ReplyDelete
  9. tp simon,.
    bila i x hiraukan dia,.mean i x pujuk dia after dia merajuk,.dia akn ckp i xhiraukan dia..seolah mcm dia nk i pujuk dia..tp dlm msa sama dia xmo lyn i,.even kol o sms dia xrep..camna tu..huhuhuhu..i'm depressed :[

    ReplyDelete
  10. yeke? manusia ni kan mcm2 ragam..
    maybe dia nak perhatian lebih dari sarra kot.. :)

    ReplyDelete

Hey comel dan hensem.

Terima Kasih kerana membaca dan silalah memberi komen anda yang comel-comel ye. :)