TERIMA KASIH

March 30, 2011

lelaki merajuk?

hey girl-girl semua. hari ini saya sangat baik hati sebab saya nak berkongsi dengan anda semua 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. lebih detail lagi, pujuk boyfriend anda la kn. hehehe. mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu ye.

huduh kn kalau lelaki merajuk..hehehe

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.


2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.


3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


p/s : semoga dengan tips yang saya kongsikan di sini, dapatlah anda-anda semua gunakan untuk memujuk boyfriend anda itu ye. hehehe. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala. amin. haa apa lagi, pergilah pujuk si dia tu cepat-cepat. kang melepas pulak tow. sebelum tu, bagi la komen sikit ye. terima kasih semua.

ok bai.


very need.

i miss you. yes! only you.
why are you so far away? I need you beside me.
I want you today, and tomorrow, and next week, and for the rest of my life. :(



not gOOd.

harini bukan hari yang baik untuk aku. andai saja orang yang berada di sebelah aku adalah kamu.
T_________T


March 29, 2011

aku bukan siapa-siapa.

kenapa aku yang perlu ada di situasi begini? kenapa aku yang di pilih untuk lalui ini semua?
kenapa aku yang menjadi mangsa seperti ini? kemanakah perginya semua orang?
kenapa tidak ada seorang pon yang nak memahami aku ni? kenapa?
mohon ampun aku jika aku bersalah. aku bukan siapa-siapa. aku hanya manusia. yang tak lepas dari kesalahan. aku merasakan sungguh kejam dunia ini. terlalu kejam untuk aku. perlukah aku lalui ini semua setelah apa yang dah aku lalui dulu? YA ALLAH, engkau sahaja yang tahu apa isi hati aku sekarang. aku mohon engkau tunjukkan jalan untuk aku. aku mohon engkau tunjukkan petunjuk kepada ku jika benar isi hati aku begini.

kenapa aku perlu menangis untuk semua ini? aku lemah. menangis adalah satu-satunya keadaan yang memahami aku. terima kasih air mataku.

*aku tak mintak nak jadi seperti ini!


March 28, 2011

KETAGIH...!

hey rakan-rakan blogger suma. korang rindu aku tak? mesti rindu kn kn? hehehe. aku rindu gila kt korang tow. lama dah kan aku tak pot pet kat dalam blog aku ni. haaaa. yes! mulai harini aku dah boleh online sampai lebam. sampai tak tidur pon dah boleh dah. thank you abah hadiahkan lappy baru kt anak mu ni. walaweh! aku seronok tahap melompat-melompat tapi tak sampai pon kt bumbung sebab tinggi kot bumbung rumah aku. hehehe. gila siot. aku memang menatang minyak yang penuh la kat lappy aku ni sebab colour merah aku dapat. alaaaa jangan la marah. aku bukan nak menunjuk tapi sekadar nak share dengan korang je. korang pon dok tertanya-tanya kan kenapa aku dah lama tak online kn. aku online je tapi tak boleh lama-lama sebab lappy lama tu asyik-asyik off sendiri je. ni dah dapat yang baru, aku senyum sampai 24jam. hahahaha. ok lah, nanti aku ngomel lagi ok. jangan risau aku tak hilang mana-mana dah lepas ni ye rakan-rakan. ok bai :)

macam gini la aku senyum time dapat lappy baru..hehehehe


March 21, 2011