TERIMA KASIH

June 17, 2011

abah yang paling hebat.

Salam semua.

Hari ahad ni Hari Bapa kan tapi aku nak wish awal-awal kat abah aku. Korang nak tow tak, abah aku adalah abah yang paling superb di dunia. Malah kalau aku mati hidup semula pon, aku akan pilih dia menjadi abah aku. ISMAIL BIN OTHMAN adalah abah aku yang paling sempurna di hati aku. Tak ada sapa-sapa yang boleh mengantikan tempatnya. Aku tak kan pernah terpikir apa akan jadi kat aku kalau beliau tak ada.

Aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu. Aku pergi pejabat nak buat pasport, masa tu ibu kerja so abah bawak aku je la an. Dah tu time nak tangkap gambar, orang tu suruh aku sikat rambut la bagi comey lagi kan. Masa tu aku kan budak-budak lagi, apa lagi abah lah yang sikatkan aku. Sampaikan orang-orang kat pejabat tu tanya, mana ibu dia? Hehehe. Hebat kan abah aku ni.

Kalau pasal apa-apa pon abah tak pernah merungut. Walaupun abah sibuk dengan kerjanya. Even sampai sekarang abah masih bekerja selepas hampir 6 or 7 tahun bersara dari pegawai polis. Abah masih kuat bekerja untuk keluarganya. Kadang-kadang aku tanya juga, abah tak penat ke? Abah jawab, kita dalam dunia ni tak boleh nak merungut penat semua. Nanti tak maju. Kalau penat, semua orang penat, kalu macam tu sapa pon tak maju. Hmm betul kan cakap abah.

Korang nak tow tak, perangai abah memang cool and steady. Abah tak pernah nak marah-marah, tak pernah pukul, tak pernah cakap tak ada duit, tak pernah cakap letih, tak pernah cakap tak boleh. Pasal duit, even tak ada sekali pon, abah tak pernah cakap abah tak ada duit la adik. TAK PERNAH OK! Kalau mintak je mesti bagi. Tu pon mesti lebih. Sekarang ni abah ada 2 cucu. Apa cucu-cucu dia nak, semua dia kasi. Nampak kan? Abah tak pernah nak pilih kasih antara kami semua. Dia sayangkan kami semua sama rata je.

Sampaikan masa tingkatan 3 kot, aku pernah terlambat pergi sekolah. Takut punya pasal abah sanggup hantar aku sampai depan pintu kelas, so cikgu tak boleh nak marah kat aku la kan. Kawan-kawan aku semua pon tow, aku ni manja ngn abah. Nak kuar tengok wayang pon, abah yang hantar. Nak kuar dating mula-mula dulu pon, abah yang hantar tow! Hehehehe. Sangat best ada abah macam abah aku ni. Korang ada?? Masa ibu aku pergi krusus kat kuala lumpur pon, abah lah yang buat semuanya untuk kami. Wehhhh, kasut sekolah pon abah yang basuhkan ok! Huhu. Even aku ada 2 orang abang. Abang-abang aku pon tak pernah duduk jauh dari abah dan ibu.

Tapi antara adik beradik aku yang lain, aku yang paling rapat ngn abah aku. aku yang paling manja ngn abah. Semua aku nak, semua aku mintak kat abah. Kalau mintak kat ibu, mesti ibu pikir 2 3 kali dulu, kalau abah terus cakap ambik la beli. Huhuk adik sayang abah sangat-sangat tow. Abah dah bagi kasih sayang yang terlampau cukup dan tak terhingga kat kami semua. Sampai sekarang adik tak dapat nak balas budi abah. Satu hari nanti adik janji adik akan balasnya jugak.

Banyak sangat kenangan-kenangan aku bersama abah aku yang tak dapat aku lupa kan. Kalau nak cerita kat sini semua mesti takkan habeh. Yelah sekarang dah 22 tahun. Beribu-ribu kot cerita kan. ABAH, ADIK SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT. TAK KAN PERNAH ADA ORANG LAIN YANG BOLEH MENGGANTIKAN ABAH UNTUK ADIK. Semoga ALLAH panjangkan umur abah dan bagi kudrat yang kuat untuk abah terus hidup dan dapat tengok adik hingga ke tua. Aminnnnnnn.



*sambil taip air mata aku jatuh menitik-nitik. :(




No comments:

Post a Comment

Hey comel dan hensem.

Terima Kasih kerana membaca dan silalah memberi komen anda yang comel-comel ye. :)